Kata/perkataan boleh dibahagikan kepada bentuk-bentuk berikut:
Kata tunggal
i. Tidak menerima imbuhan atau kata dasar yang lain.
ii. Akronim yang sudah diterima pakai juga tergolong dalam kata tunggal, misalnya; Mara, Petronas, Lada, tadika (taman didikan kanak-kanak), pawagam (panggung wayang gambar) dan sebagainya.
iii. Para pelajar diingatkan bahawa akronim tidak sama dengan singkatan.
iv. Singkatan ialah kependekan bagi satu atau beberapa perkataan seperti IT untuk teknologi maklumat (information technology) dan PM untuk Perdana Menteri.
v. Jelaslah, singkatan tidak termasuk dalam kata tunggal seperti akronim.
Kata terbitan
i. Terdiri daripada kata dasar atau kata akar yang melalui proses pengimbuhan, sama ada awalan, akhiran, sisipan atau apitan.
Kata majmuk
i. Terbentuk hasil gandingan dua atau lebih kata dasar.
ii. Rumus penting ialah tiada kata lain yang boleh disisipkan di antara gandingan tersebut. Jika dapat disisipkan kata lain dan membawa makna tertentu, maka ia bukan kata majmuk, tetapi tergolong dalam frasa.
iii. Misalnya; Budak berlari bukan kata majmuk kerana ia boleh menjadi budak itu berlari, atau budak yang berlari itu.
iv. Pada umumnya, kata majmuk dieja terpisah kecuali yang sudah mantap sebagai satu perkataan. (lihat lampiran 1)
Kata ganda
i. Kata ganda ialah pengulangan kata dasar sama ada dengan mengulang seluruh kata dasar (penggandaan penuh) atau sebahagian daripada kata dasar (penggandaan separa), seperti gila-gila, gula-gula, suka-suka, labah-labah, rama-rama dan sebagainya.
ii. Contoh penggandaan separa ialah pepatung, lelabah, sesekali dan sebagainya.
Blog ini adalah khas untuk ruang BAHASA MELAYU. Pelbagai maklumat tentang Bahasa Melayu boleh diperoleh daripada blog ini.
Isnin, 24 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Blog Design by Gisele Jaquenod
0 ulasan:
Catat Ulasan