Sabtu, 10 Oktober 2009

Jenis-jenis pantun

Pertandingan Berbalas Pantun antara Kelas Tahun 6
Objektif program ini ialah untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk menguasai puisi dan meningkatkan keyakinan diri serta persediaan ke sekolah menengah.
Jenis - jenis pantun.
Pantun sempana Hari Raya Aidilfitri
Tangan dihias gelang suasa
Gadis manis bernama Mariah
Di bulan Ramadhan kita berpuasa
Syawal di sambut dengan meriah

Panjang mengurai rambut si puteri
Menjadi idaman sering dipuji
Kunjung mengunjung di aidil fitri
ketupat dan rendang turut disaji

Malam kelam kerana gerhana
Sehingga pagi juga ke senja
Sambutlah syawal dengan sederhana
Jangan membazir dalam berbelanja

Sungguh gagah Indera Pura
Putera Kayangan empunya kisah
Syawal di sambut dengan gembira
Jangan dilupa mereka yang susah
Ramadhan pergi syawal menjelma
Miskin kaya sambut bersama
Jangan membazir waktu berbelanja
Sambut syawal dengan sederhana

Kunjung mengunjung di aidil fitri
Bermacam hidangan menambat hati
Tetamu datang mari raikan
Ketupat rendang turut dihidangkan

Tangan dihulur bersalam-salaman
Marilah kita bermaaf-maafan
Pantun Agama
Sungguh indah pintu dipahat
Burung puyuh di atas dahan
Kalau hidup hendak selamat
Taat selalu perintah Tuhan

Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga akan rebahnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Ke akhirat juga akan sudahnya

Redup bulan nampak nak hujan
Pasang pelita sampai berjelaga
Hidup mati di tangan Tuhan
Tiada siapa dapat menduga

Belatuk di atas dahan
Terbang pergi ke lain pokok
Hidup mati ditangan Tuhan
Kepada Allah kita bermohon

Daun tetap di atas dulang
Anak udang mati dituba
Dalam kitab ada terlarang
Perbuatan haram jangan dicuba
Terang bulan terang bercahaya
Cahaya memancar ke Tanjung Jati
Jikalau hendak hidup bahagia
Beramal ibadat sebelum mati

Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam si riang-riang
Menangis mayat di pintu kubur
Teringat jasad tidak sembahyang

Kulit lembu celup samak
Mari buat tapak kasut
Harta dunia janganlah tamak
Kalau mati tidak diikut

Banyaklah masa antara masa
Tidak seelok masa bersuka
Meninggalkan sembahyang jadi biasa
Tidak takut api neraka?

Dua tiga empat lima
Enam tujuh lapan sembilan
Kita hidup takkan lama
Jangan lupa siapkan bekalan

Kalau Tuan pergi ke Kedah
Singgah semalam di Kuala Muda
Sembahyang itu perintah Tuhan
Jika ingkar masuk neraka
Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat

Pak Kulup anak juragan
Mati diracun muntahkan darah
Hidup di dunia banyak dugaan
Kepada Allah kita berserah

Letak bunga di atas dulang
Sisipkan daun hiasan tepinya
Banyak berdoa selepas sembahyang
Mohon diampun dosa di dunia

Encik Borhan seorang kerani
Terkemut-kemut bila meniti
Tinggalkan sembahyang terlalu berani
Sepertii tubuhnya takkan mati
Sayang-sayang buah kepayang
Buah kepayang hendak dimakan
Manusia hanya boleh merancang
Kuasa Allah menentukan

Masa berada di Pulau Jawa
Rakan diajak pergi menjala
Maha Berkuasa jangan dilupa
Kuasa Allah tidak terhingga

Nyiur mudah luruh setandan
Diambil sebiji lalu dibelah
Sudah nasib permintaan badan
Kita di bawah kehendak Allah

Kemuning di dalam semak
Jatuh melayang ke dalam paya
Meski ilmu setinggi tegak
Tidak sembahyang apa gunanya?

Harimau belang turun sekawan
Mati ditikam si janda balu
Ilmu akhirat tuntutlah tuan
Barulah sempurna segala fardu

Kera di hutan terlompat-lompat
Si pemburu memasang jerat
Hina sungguh sifat mengumpat
Dilaknat Allah dunia akhirat

Anak ayam turun sepuluh
Mati seekor tinggal sembilan
Bangun pagi sembahyang subuh
Minta doa kepada Tuhan

Anak ayam turun sembilan
Mati seekor tinggal lapan
Duduk berdoa kepada Tuhan
Minta Allah jalan ketetapan

Anak ayam turun lapan
Mati seekor tinggal tujuh
Duduk berdoa kepada Tuhan
Supaya terang jalan bersuluh

Anak ayam turunnya lima
Mati seekor tinggal empat
Turut mengikut alim ulama
Supaya betul jalan makrifat

Anak ayam turunnya lima
Mati seekor tinggal empat
Kita hidup mesti beragama
Supaya hidup tidaklah sesat

Tuan Haji memakai jubah
Singgah sembahyang di tengah lorong
Kalau sudah kehendak Allah
Rezeki segenggam jadi sekarung

Bulu merak cantik berkaca
Gugur sehelai ke dalam baldi
Jika tak banyak kitab dibaca
Jangan mengaku khatib dan kadi
Inderagiri pasirnya lumat
Kepah bercampur dengan lokan
Sedangkan nabi kasihkan umat
Inikan pula seorang insan

Sang puteri pergi berenang
Sambil berenang berdondang sayang
Jika hidup dikurnia senang
Jangan lupa tikar sembahyang
Pantun Peribahasa
Ombak badai menggulung-gulung
Kelasi terdampar di tepi pantai
Hajat di hati nak peluk gunung
Apakan daya tangan tak sampai
Maksud: Bercita-cita besar, namun tak tercapai.
Budak-budak bermain rakit
Rakit buluh tolong buatkan
Harap-harapkan guruh di langit
Air di tempayan dicurahkan
Maksudnya: Bodoh mendengar cakap orang sehingga diri sendiri kerugian
Burung jelatik burung jeladan
Terbang mari ke hujung benua
Sama cantik sama padan
Bagai pinang di belah dua
Maksud: Pasangan pengantin yang nampak serasi dan sepadan

KUIZ PENGETAHUAN AM (BAHASA MELAYU)

Tahniah kepada Johan Kuiz Pengetahuan Am Tahun 6 Mawar. Murid dapat meluaskan pengetahuan am dalam pelbagai bidang dengan menggunakan pelbagai sumber. Teruskan usaha.

Ahad, 4 Oktober 2009

SAMBUTAN BULAN BAHASA


Selasa, 1 September 2009

KATA KERJA

KATA KERJA




1. Lilian………buku cerita yang dipinjamnya kepada Tan.
A memberikan
B menyerahkan
C memulangkan
D menghulurkan


2. hong Ming __________ sebaik-baik sahaja dia terjaga daripada tidur.
A mendengkur
B mendepang
C menggeliat
D mengangat



3. Fauzan…………kedatangan Encik Azam ke rumahnya dengan ramah.

A. menunggu
B. menyambut
C. mengajak
D. menanti

4.
Rosman __________ jalanya ke dalam anak sungai itu.
A. membalingkan
B. melemparkan
C. menebarkan
D. mencampakkan


LATIHAN KATA HUBUNG


KATA HUBUNG


Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

1Guru itu sering dipuji ___________ rajin bekerja.
A atau
B jika
C agar
D kerana

2. Haji Shahrul Anuar bukan sahaja pemurah ___________ baik hati.
A dan
B tetapi
C manakala
D walaupun

3 Rumainah bersorak terlalu kuat ___________ suaranya serak.
A hingga
B tatkala
C setelah
D supaya

4 Pencuri memasuki rumah itu __________ penghuninya sedang tidur nyenyak.
A agar
B ketika
C hingga
D setelah

5 Encik Azmeer akan menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur pada minggu
hadapan ___________ bulan hadapan?
A dan
B lalu
C atau
D maka

6. Din mengambil surat itu _________ menyerahkannya kepada Rajoo.
A lalu
B agar
C maka
D kerana

7. Charles lulus ujian itu _________ adiknya gagal.
A dan
B serta
C tetapi
D malahan

8. Zamzarina berkata-kata __________ merenung wajah temannya.
A kerana
B sambil
C maka
D lalu

9. Farzana ______ Mei Hua sangat gembira kerana mereka mendapat keputusan
yang cemerlang dalam UPSR.
A dan
B lalu
C tetapi
D walhal

10. __________ keluarga Wong tiba, datuknya tiada di rumah.
A Semasa
B Setelah
C Supaya
D Sementara


D B A B C A C B A A

Kata Tepat

KATA TEPAT


1. Ubat ini amat..............................untuk sakit gigi.
A hebat
B mujarab
C berperisa

C berkhasiat

2. Dia tidak mengharapkan...................................atas pertolongannya.
A balasan
B kurniaan
C pemberian

D permintaan


3. Aktiviti memburu binatang yang dilindungi perlu dibendung untuk
mengelakkan.................................nya.
A kematian
B kepupusan
C kehilangan
D kebinasaan



4. Perempuan muda itu ......................................dua baldi air di kiri dan kanan
tangannya.
A membimbit
B memegang
C mengandar

D mengangkat

5. Ranting-ranting pokok yang menghalang laluan itu telah....................... oleh
Pak Abu.
A ditakik
B ditebas
C ditebang
D dicantas



6. Kenderaan awam yang melalui jalan itu.......................................beberapa jam
akibat kemalangan jalan raya.
A terhenti
B tersekat
C terkandas
D terhumban



7. Shasha ............................memikirkan masalah yang dihadapinya.
A keliru
B matang
C bingung

D bengang


8. Setiap orang.................................................pendapat yang berbeza-beza
tentang pelantikan Aizat sebagai ketua murid.
A menerima
B memberikan
C mengambil
D menyediakan


9. Budak lelaki itu dipanggil oleh pengawas kerana.............................. gula-gula
getah semasa berada di dalam kelas.
A menelan
B menggigit
C mengerit

D mengunyah

10. Pegangan agama yang kukuh dapat mengelakkan seseorang daripada _______________
ke lembah yang hina.
A terjatuh
B terperosok
C terjerumus
D terhumban



1. B mujarab 2. A balasan 3.B kepupusa 4. B membimbit 5. D dicantas 6. C erkandas 7. C bingung 8. B memberikan 9. D mengunyah 10. C terjerumus

Khamis, 27 Ogos 2009

KATA GANTI NAMA DIRI

KATA GANTI NAMA DIRI
KATA GANTI NAMA 1
  • saya
  • aku
  • beta
  • patik
  • hamba
  • kami
  • kita

KATA GANTI NAMA 2

  • kamu
  • awak
  • anda
  • engkau
  • tuan/puan
  • saudara/saudari
  • Tuanku
  • tuan hamba
  • kalian
  • encik

KATA GANTI NAMA 3

  • dia
  • beliau
  • mereka
  • baginda
  • nya
  • ia

Ayat contoh

1. Saya

  • "Saya berasal dari Taiping," kata Imran memperkenalkan dirinya.

2. Aku

  • "Aku akan sampai ke sana lima minit lagi," kata Ali kepada sahabat baiknya, Zulkifli.

3. Beta

  • "Beta menitahkan agar Hang Jebat dibunuh," titah Sultan Mahmud.

4. Patik

  • "Patik akan melaksanakan titah tuanku itu," sembah Hang Tuah.

PANDUAN UNTUK MURID TAHUN 6

SKOP SOALAN UPSR
Skop soalan UPSR ini terbahagi kepada 6 bahagian.
1. GOLONGAN KATA
  • KATA ARAH (KA)
  • KATA SERU (KS)
  • KATA NAMA (KN) :- kata nama am dan kata nama khas
  • KATA ADJEKTIF (KAD)
  • KATA KERJA (KK)
  • KATA GANDA (KG)

2. IMBUHAN

  • AWALAN
  • AKHIRAN
  • APITAN
  • TERBITAN

3. PENJODOH BILANGAN

4. PERIBAHASA

  • SIMPULAN BAHASA
  • PERUMPAMAAN

5. AYAT (soalan 23 - 30)

  • AYAT SAMA MAKSUD
  • KATA BANYAK MAKNA
  • PILIHAN JAWAPAN
  • PILIHAN SOALAN
  • STRUKTUR AYAT

6. PEMAHAMAN (soalan 30 - 40)

  • PETIKAN 1
  • PETIKAN 2

Isnin, 24 Ogos 2009

Bentuk-bentuk Kata

Kata/perkataan boleh dibahagikan kepada bentuk-bentuk berikut:
Kata tunggal


i. Tidak menerima imbuhan atau kata dasar yang lain.
ii. Akronim yang sudah diterima pakai juga tergolong dalam kata tunggal, misalnya; Mara, Petronas, Lada, tadika (taman didikan kanak-kanak), pawagam (panggung wayang gambar) dan sebagainya.
iii. Para pelajar diingatkan bahawa akronim tidak sama dengan singkatan.
iv. Singkatan ialah kependekan bagi satu atau beberapa perkataan seperti IT untuk teknologi maklumat (information technology) dan PM untuk Perdana Menteri.
v. Jelaslah, singkatan tidak termasuk dalam kata tunggal seperti akronim.


Kata terbitan

i. Terdiri daripada kata dasar atau kata akar yang melalui proses pengimbuhan, sama ada awalan, akhiran, sisipan atau apitan.


Kata majmuk

i. Terbentuk hasil gandingan dua atau lebih kata dasar.
ii. Rumus penting ialah tiada kata lain yang boleh disisipkan di antara gandingan tersebut. Jika dapat disisipkan kata lain dan membawa makna tertentu, maka ia bukan kata majmuk, tetapi tergolong dalam frasa.
iii. Misalnya; Budak berlari bukan kata majmuk kerana ia boleh menjadi budak itu berlari, atau budak yang berlari itu.
iv. Pada umumnya, kata majmuk dieja terpisah kecuali yang sudah mantap sebagai satu perkataan. (lihat lampiran 1)


Kata ganda

i. Kata ganda ialah pengulangan kata dasar sama ada dengan mengulang seluruh kata dasar (penggandaan penuh) atau sebahagian daripada kata dasar (penggandaan separa), seperti gila-gila, gula-gula, suka-suka, labah-labah, rama-rama dan sebagainya.
ii. Contoh penggandaan separa ialah pepatung, lelabah, sesekali dan sebagainya.

Sembang-sembang BAHASA

Apabila kita melihat sesuatu perkara seperti gaya pakaian atau perilaku seseorang yang kurang sopan, kita menganggap hal itu sungguh memberi malu kepada kita. Kita mengatakan bahawa gaya pakaian dan perilaku itu menjolok mata. Frasa menjolok mata seolah-olah sudah menjadi satu bentuk bahasa klise.
Tahukah anda, selain rangkaian kata menjolok mata yang sudah klise itu, ada juga frasa lain yang bersinonim dengannya, dan kerap juga digunakan dalam berbahasa? Frasa yang dimaksudkan itu ialah mencolok mata. Agak pelik dan asing juga kepada kita yang tidak pernah mendengar frasa ini. Persoalannya, yang mana satukah antara frasa menjolok mata dan mencolok mata yang paling tepat mendukung maksud memberi malu itu?
Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, kata menjolok mempunyai beberapa maksud tertentu. Pertama, menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dan lain-lain supaya gugur, atau menusuk sesuatu ke dalam lubang. Makna kedua, memasukkan jari tangan ke dalam lubang hidung, kerongkong, dan lain-lain; dan ketiga, memancing-mancing keterangan dan lain-lain sebagainya daripada orang, mengajuk, atau menduga hati orang. Contoh ayatnya:
1. Tidak ada cara lain selain menjolok buah manggis itu supaya gugur.
2. Ia menjolok lubang itu supaya tikus di dalamnya keluar.
3. Janganlah engkau cuba menjoloknya dengan soalan-soalan yang sama, dia tetap tidak akan membuka rahsianya.
Kata mencolok juga mendukung beberapa makna. Pertama, mencucuk mata. Kedua, (pengertian kiasan) tampak jelas, kelihatan jelas benar; dan makna ketiga ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, dan memberi malu.
Jadi, antara menjolok mata dengan mencolok mata, yang tepat ialah mencolok mata, iaitu bahasa kiasan yang menyatakan tampak jelas atau kelihatan jelas benar, selain makna membangkitkan kemarahan orang, atau memberi malu. Penggunaan frasa ini dalam ayat adalah seperti yang berikut:
4. Kakitangan sektor awam dilarang memakai pakaian yang
mencolok mata semasa bertugas di pejabat.
5. Apabila berlaku peristiwa-peristiwa yang mencolok mata,
menyakitkan hati, kita hanya mampu menggeleng-gelengkan
kepala sahaja.